|
Bookxcess and I.
Wednesday, May 18, 2011 | 4:55 PM | 0 comments
I am a book addict. I was out of book to read so i know it's the call for me to dig for a new one. Well, i do reread my old books, but i need a fresh one.I decided to find the best deal for The Carrie Diaries; series of novels on what happened before Sex and the City. Of course, it costs me sweats at the bookshop. =_=; So i gamble it up and ask if Bookxcess have it; and to my surprise, they replied quite fast; within 24hours! And YES, they have the book! Hardcover edition! And guess how much does it costs? . . . . . RM19.90! One thing leads to another, and i made my payment on Friday morning, and sent them my transaction slip. However...somehow this clumsy my decided to ashamed myself by dodging the amount i sent instead of the balance!*facepalm* Lucky me, Bookxcess understood and sent me the book right away, in the same day! And here it is! ![]() Well packed box!! ![]() Oh my carameltopcuppycakes! Look at how well they treat my book!!! Xoxoxooxox ![]() The invoice and two nice bookmarks! Oh, did i tell u i LOVE to collect bookmarks?^_^ Bookxcess even put it in a clear plastic so it won't be crumpled or anything!^_^ ![]() Yes, the normal price is RM89.90!^_^ ![]() Wrapped now and ready to be read! I've been buying stuff online including books, and this is one of my best experiences! Thank you Bookxcess! - Posted using BlogPress from my iPhone Saya dan Hari Guru kedua.
Monday, May 16, 2011 | 5:55 PM | 0 comments
Hari Guru sekolah saya pada tahun ini disambut ringkas sahaja. Tiada persembahan atau apa-apa acara. Hanya majlis perhimpunan, bacaan Yaasin, dan majlis bersalam-salaman. Kemudian, jamuan di bilik guru, secara potluck.Yang menariknya, ketika sesi bersalam yang turut diiringi lagu Terima Kasih Cikgu berlangsung, beberapa orang pelajar perempuan Tahun 6 memeluk erat saya. Ya, saya sahaja, sehinggakan cikgu-cikgu lain mengusik, "Kami pun mahu dipeluk juga!" Tahun lepas, saya ajar mereka Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani. Saya tak rasa saya berjaya menyampaikan banyak ilmu sebenarnya kerana KT dan KH bukanlah subjek yang saya pernah pelajari di institut dahulu. Hmmm.. Terharunya saya... Hadiah? Hadiah tetap ada, tapi takkan ada hadiah lebih menarik dari pelukan erat yang saya dapat! Seharian saya tersenyum-senyum bagaikan Laila yang teringatkan Majnunnya. Jamuan kami mewah! Masing-masing membawa makanan dari rumah. First time la saya merasa kerabu umbut nipah! Sedap! Pahit-pahit di hujung lidah.. Begitu juga dengan telur tembakul! Wah~ ini rupanya yang buatkan emak si Pekan lari ke pelukan si Batu Belah Batu bertangkup, ya? Enak~ Sayangnya, saya lupa membawa kamera, dan iphone pula tidak dicas..:( langsung tak ada gambar tahun ini! Tak mengapalah! Insya Allah, abadi dalam kenangan. Cewah!^_^ Buat guru-guru saya, Selamat Hari Guru. Terutamanya Cikgu Hanifah yang mendidik saya, si nakal... Cikgu Yaakub yang berjaya mengajar saya matematik hingga mendapat A dalam PMR, sedangkan sebelumnya saya sentiasa mendapat markah 'sa'! Cik Hamidah,yang biarpun banyak bahasanya saya tak boleh terima, tapi saya akui kesabarannya sebagai pendidik..terima kasih, Cik Midah! Tanpa Cik Midah, mana mungkin saya menjadi saya! Buat Miss Kumari, Puan Maimunah Samat, Dr Marshudi..dan ramai lagi~ saya doakan agar kalian sentiasa mendapat keberkatan! Ilmu yang saya ajar pada hari ini, adalah berkat didik dan sabar anda semua. Insya Allah, saya akan teruskan usaha yang anda amanahkan pada saya! Ps: sakit betul mata saya menyaksikan perbuatan mereka yang suka bermuka-muka! Maaf, off topic! - Posted using BlogPress from my iPhone And so i've heard...
| 1:08 PM | 0 comments
...that when someone appears in your dream, it means he/she misses you...You've been there in my dreams for several nights, and i wonder if i appeared in yours too...coz day after day, i miss you even more... Love can wait. - Posted using BlogPress from my iPhone Saya dan ujian kecil dari Allah
Tuesday, May 10, 2011 | 6:46 PM | 0 comments
Sudah Dua hari di rumah ini; kononnya menjaga..tapi lebih kepada dimanjakan^^Ah, tapi itu bukan ceritanya. Kisahnya tentang sepasang kain hitam bersulam yang saya beli dan hantar untuk dijahit lebih kurang dua minggu lepas, bersama sepasang lagi kain hijau/ungu. Saya tersenyum lebar bila rakan sekerja (sepupu kepada si tukang jahit) menyampaikan khabar tentang baju tersebut sudah siap. Bila plastik berisi baju ada di meja, saya biarkan saja. Saya jenis yang percaya pada kejujuran orang...tidak perlu semak hasil kerjanya,fikir saya. Tapi saya silap. Seorang rakan sekerja yang lain, Kak R mendesak untuk melihat baju tersebut. Saya benarkan sahaja. Apalah salahnya~~~ Terkejutnya saya apabila baju hijau/ungu kecil lebih kurang 5inches dari contoh baju,(oh kalau depan belakang jawabnya dkt nak sepuluh inci lah larinya!) dan baju sulam tadi, bahagian sulamnya disisilah, di kaki lah..bersepah dan senget2! Kecewanya saya... Kalau kawan-kawan baik saya ada, tentu saja saya sudah menangis teresak-esak. Tapi, tanpa mereka yang suka manjakan saya, saya malu pula... ![]() Sulam di kaki baju yang senget. ![]() Sulaman kaki baju dan tangan sudah selamat di bahagian kiri baju. ![]() Sebelah kanan kosong sahaja. ![]() Bahagian ketiak berbunga pula.. ![]() Begini rupa depannya~ T_T (ya, saya bawak toto busuk ke rumah nenek sebab saya kurang selesa di katil orang.) Memanglah kain tersebut murah sahaja, hanya RM30, upahnya RM27, kira harga biasa di kampung... Tapi... Ah~~~ sedihnya saya! Ya, saya bersuara. Saya tidak marah, (maaflah jika rakan tadi fikir saya marah ya)...cuma saya rasa saya patut jujur, biarlah saya berterus-terang tentang ketidakpuasan hati dari mengata di belakang, menukar nama untuk dijaja dan membesar-besarkan cerita! Dalam pada itu saya berfikir...maybe duit tersebut memang bukan milik saya. Bukan rezeki saya...maybe kifarah kecil atas apa yang saya pernah lakukan... Saya pernah terdengar/membaca (saya tak ingat di mana!), kalau duit kita hilang, muhasabah diri, MUNGKIN duit tersebut bukan milik kita. Kalau ia milik kita, Insya Allah, Allah akan gantikan dengan cara lain jika kita bersabar. Alhamdulillah. Allah uji saya sekejap sahaja. Rakan tadi kembalikan duit upah jahit baju hitam tersebut. Dan tadi petang, dia hubungi saya. Esok si tukang jahit akan ganti baju itu tapi saya perlu serahkan baju itu padanya. Baiklah. Saya terima dengan hati terbuka. Baju hijau/ungu? Rezeki Nurul sahajalah! ^^ - Posted using BlogPress from my iPhone Saya dan novel
Saturday, May 7, 2011 | 11:17 AM | 0 comments
Sejak kecil lagi, saya dan adik-adik dah disajikan dengan pelbagai buku cerita. Ya, kami taklah ilmiah mana; seperti lazimnya watak dalam novel yang sejak kecil, bacaannya sastera klasik dan sebagainya. Tapi, kami membaca. Dewasa ini, saya rindu nak membeli novel dalam bahasa Malaysia. Dulu, pantang poket berisi, saya akan sambar novel-novel yang ada. Lepas beberapa ketika, saya jemu. Betul-betul jemu. Manakan tidak, wajah watak dibayangkan tiada cacat celanya. Menjadi kemestian watak utama adalah rebutan kaum lawan jenis yang ada rasa. Mesti ada watak yang kayanya 7keturunan pun duit tak habis diguna! Jika tidak pun, nasibnya malang benar, tapi peminat tetap dikeliling pinggang. Ya, sedikit cemburu di situ, of course;p Suatu hari saya terserempak dengan blog Hlovatulis. Cerita nya mudah, gaya penceritaannya santai. Yang paling menarik, wajah wataknya tidak ditekankan! Pembaharuan! Nama wataknya tak semeriah nama putera puteri... Saya terus membaca... Satu lagi yang saya suka, Hlovate berkongsi ilmu dalam cerita dan hikayatnya. Bila cerita tentang skaters, elok sahaja dia kongsikan ilmu skate, siap dengan ilustrasi! Bila bercerita tentang perkusi, siap dengan kedudukan orkestra dia terangkan. Cara memasak 'peach cobbler' pun Hlovate ceritakan! Sekurang-kurangnya, bukanlah ia novel picisan yang hanya membicarakan tentang cinta semata-mata. Ada ilmu terselit di sana dan di sini. Dapatlah beliau saham ilmu:) insya Allah. Satu lagi point yang tak pernah ditinggalkan Hlovate dalam novelnya, perincian agama. Dakwah halus. Samaada beliau memang berniat begitu, atau hanya ingin berkongsi. Yang pentingnya, apa yang beliau ingin sampaikan, berjaya. Wataknya pun mengajar yang sopan-sopan sahaja, walaupun adakalanya nakal juga^^ Saya jarang membaca novel bahasa Malaysia yang lainnya sejak saya berhenti..selain karya Hlovate. Baru-baru ini, saya belikan diri saya novel Damai. Saya benar-benar tertarik dengan cerita Damai karya Saidatul Saffaa. Dari beliau saya mengimbau sirah~ sejarah zaman kegemilangan kerajaan Islam. Kebijaksanaan Raja Muhammad al-Fatih. Hanya dengan 192 mukasurat, banyak yang saya dapat, disamping tersipu dan tersenyum sendiri membaca kisah cinta Naseema dan Sadiq. Subhanallah... Allah itu Maha Pemurah. DiberikanNya kalian bakat untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang kreatif, cara yang moden. Teruskanlah. Semoga lebih ramai yang mahu terus membaca, mendapat ilmu dan terus menyebarkannya. Amin. Ps: saya pernah bercita-cita hendak namakan anak saya nanti Minn Edinna. Tapi, entah bilalah Allah nak temukan jodoh saya ya?:( maybe 'di sana'...wallahualam. - Posted using BlogPress from my iPhone Saya dan tudung (Part 2)
| 9:13 AM | 0 comments
Ah~~ tudung sekarang cantik-cantik saja! Dulu di hometown saya payah benar nak cari tudung lawa. Jadi setahun beberapa kali saya akan membebel sebab susah nak cari tudung buat hadiah mami. Yelah, ketika itu, tudung saya sendiri hanya tudung sekolah, sehelai tudung hitam, selendang panjang sulam tangan tinggalan arwah nenek dan sehelai selendang putih. Yang lain, jika perlu, tibai saja tudung mami.Sekarang, sebut sahaja fesyen, warna dan materialnya! Mudah benar~ alhamdulillah, Allah dengar doa saya yang pemalas ini. Yelah, saya ni cerewet orangnya. Bukan mahu lawa atau yang mahal, yang murah pun kalau saya suka, balik-balik, itu sahaja lah yang saya pakai! Tapi susahnya nak cari yang berkenan di hati... Allah tahu, kalau susah cari tudung, mesti semangat saya nak menutup aurat akan berkurangan... (*`へ´*) Eh, tak mustahil! Saya kan orangnya lemah dan baru nak bertatih... Gembiranya saya bila Allah permudahkan jalan saya. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah. Saya happy juga sebab saya ada kawan-kawan yang sudi jawab soalan saya yang kadang-kadang rasanya sungguh menyesakkan kepala. Contoynya Aifa yang saya ajukan soalan tentang pengertian tutup dada. Saya keliru sebenarnya apabila terbaca debat tentang isu tudung seorang artis di laman twitter. Saya kan masih kurang ilmu orangnya...jadi apabila seorang fashionista bertudung yang tumpang mempertahankan isu tudung ala turban tersebut dengan ayat yang lebih kurang sebegini, "Ala, kalau nak kira tutup dada, kita pakai baju tu pun sebenarnya dah tutup dada. Tambah blazer or cardigan lagi!"...saya jadi keliru. Betul juga ya? Jadi, dengan muka tebal (muka ke mekap yang tebal,saya pun kurang pasti)... Saya tanya Aifa. Tapi ketika menaip soalan, saya terfikir pula, "Kalau begitu...boleh sajalah pakai body-suit ala-ala baju renang asalkan menutup segalanya, kan?" !(◎_◎;) ㅋㅋㅋㅋ Keliru! Nasib saya baik, Allah hadirkan kawan-kawan yang senang dijadikan tempat rujuk tempat berbincang. Ya, internet, buku, para ilmuan ada. Tapi jawapannya pastilah tak secepat jawapan seorang teman. Bagaimana pula nak berbahas dengan buku? Tapi itu bukan bermakna saya boleh mengelat,kan? Perlu sahaja belajar dengan buku dan para ilmuan:) insya Allah...saya cuba walaupun merangkak-rangkak... Allah takkan hampakan hamba yang mahu ke jalan yang diredhai-Nya.. Saya pasti. Ps: Tahukah anda, sebaik-baik sedekah adalah belanja untuk keluarga? Gaji anda bulan ini, sudah anda bahagikan sedikit untuk keluarga anda?^_^ jangan lupa ya~~ no no no no~~ - Posted using BlogPress from my iPhone Location:Di balik tudung keringkam berbenang emas Friday, May 6, 2011 | 2:47 AM | 0 comments
Yahya ibn Mu'adh(radiyallahu anhu) said, " I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so you need for this latter is greater than your need for the former."Insya Allah. Thank you, Hlovate. - Posted using BlogPress from my iPhone |