|
Allah sentiasa selamatkan saya:)
Tuesday, July 26, 2011 | 12:49 PM | 0 comments
Saya gemuk. Ya, saya mahu kurus seperti dahulu. Oleh itu, saya yang malas bersenam ini mula mencari alternatif lain. Saya berkenan dengan sejenis pil yang mendapat sambutan dan pujian di Lowyat.net iaitu Cherry Oil. Seperti biasa, saya tanya pada Encik Google, namun tak banyak pulak la kan info yang saya dapat. Saya beranikan diri untuk membuat 'order' kerana memang banyak betul forumer yang kata ia berkesan lepas mencuba. Tapi kelmarin saya terlalu sibuk hinggakan tertinggal nombor akaun si penjual. Hendak buka PM yang ada semuanya pula, internet ada gangguan!>.< geram betul saya kelmarin! Tak sabar rasanya nak kurus semula!!!! Hari ni, saya terasa nak baca semula penerangan penjual di thread nya. Tapi... Eh eh!! Sudah hilang pulak thread yang saya bookmark tu! Mana perginya? @_@ Saya yang sedikit kebosanan (ye ke sedikit, cik oi?) pergi ke dispute thread, di mana pelbagai masalah mahupun jenayah jual beli di LYN diadu dan diselesaikan... Punyala terkejut kucing saya dibuatnya! Terdapat satu thread dispute terhadap penjual tersebut mengenai Cherry Oil yang didakwanya selamat dan dari Jepun itu..aduh...sedihnya...tak kurus juga la nampaknya saya kan?:( Tapi, itu juga tandanya Allah betul-betul sayangkan saya! DiberikanNya kesibukan dan pelbagai rintangan kepada saya, hinggakan saya tak dapat nak beli pil tersebut. (dulu pun saya pernah nak beli tapi ketika nak keluarkan duit, ATM machine ada problem, so saya tunda la) Kalau tak, mungkin saya dah kehilangan RM155 dan sakit pula! Nauzubillah~ Terima kasih Allah! ^_^ - Posted using BlogPress from my iPhone Saya dan tudung (part 3)
Sunday, July 24, 2011 | 9:42 AM | 0 comments
Tersentuh hati bila someone yang saya kenal bersuara, "Kenapa Nurul Syuhada tu pakai tudung time kahwin? Tak payahla bertudung kalau memang tak bertudung! Menyampah!"Oh, no, i'm not going to defend her action as a fan or friend. Saya tak kenal dia, dan saya langsung tak suka dia. Taktau kenapa. She is barely an unknown to me. Tapi saya akan defend dia as a sister. Saudara seagama. Ye, memang salah dia tak bertudung for all these while. Dosa tak tutup aurat, kan? Betul! Agree! Noktah di situ. Tapi, hari perkahwinannya dia pakai tudung, tutup aurat. Takke sepatutnya kita rasa happy? Sebab dia tak go further n pakai gown sexy pulak. And that, for that day, at least she's safe from dosa. Bukan ke patutnya kita doakan Allah buka hatinya, semoga dia terus tetap menutup aurat? Kenapa harus membenci? Syumul ke kita? Layak? Bak kata Nabil, lu jawablah sendiri! - Posted using BlogPress from my iPhone |