|
Moving on...
Thursday, August 11, 2011 | 2:57 PM | 0 comments
Lamanya masa yang saya ambik utk move on.... Pelbagai cara dah. Tak jalan jugak...Tapi, betullah kan... Allah kata jadi, maka jadila ia.. Kan?:) Tetiba rerama dalam perut yang selalu menari-nari sejak bertahun-tahun tu diam sendiri. Tetiba je kaki macam pakai kasut sukan paling mahal. Paling comfy sampai berjalan rasa macam nak berlari atas angin~ Tetiba je dah tak tahu nak fikirkan siapa..kosong, empty. Tapi empty yang gembira macam muka yang empty takde jerawat untuk dipicit lagi. Alhamdulillah. Semoga kaki tak terikat kembali. Semoga hati tak lagi terkunci. Semoga rama-rama berterbangan atas sebab yang berbeza. Amin. Dan kamu, saya doakan kamu, seperti doa saya selama ini... Semoga kamu sihat sentiasa, semoga senyuman kamu tak lekang di bibir, semoga hutang kamu sentiasa menyusut, semoga rezeki tak henti-henti bertambah, semoga kamu dikelilingi kwn2 yang baik, semoga kereta kamu tak pernah rosak, semoa kemalangan dan penyakit tak hinggap, semoga mimpi buruk tak pernah melawat, semoga perut kamu sentiasa ada makanan yang mengisi, semoga kamu ada masa untuk diri sendiri...dan semoga Allah sentiasa pimpin kamu ke jalan-Nya. Terima kasih sebab kamu adalah kamu. Ps: noktah di sini. - Posted using BlogPress from my iPhone |