|
Hinakah Guru? Anda lupa...
Saturday, March 19, 2011 | 9:19 PM | 0 comments
Tersentak sekejap bila baca status facebook bekas guruku, Cikgu Nasa. Katanya, seorang motivator yang digelar ustaz baru sahaja membahaskan di sebuah stesyen televisyen nasional..."kalau nak bercita-cita, harus tinggi, contohnya Remizer yang berjuta pendapatannya, banker, ataupun businessman...bukan nak jadi guru!" WOW!! Buruk benar guru pada pandangan anda, ya Ustaz? Lupakah pesan Rasulullah saw? "Sesiapa melihat wajah orang ber'ilmu dengan sekali pandang sahaja, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang meminta ampun baginya hingga hari kiamat." "Sesiapa memuliakan orang ber'ilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakanku maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan sesiapa memuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala maka tempatnya adalah di Syurga." Sabda nabi s.a.w “ Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru. (riwayat Ahmad, Thabrani dan al-Hakim) Sabda nabi s.a.w “ Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka. (riwayat at-Thabrani) Sabda nabi s.a.w “ Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik ; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil”. (riwayat at-Thabrani) wallahualam... |