|
Saya dan KPop
Tuesday, April 26, 2011 | 6:06 PM | 0 comments
Kelmarin, dunia kpop di Malaysia gempar kejap dengan artikel yang diterbitkan kat salah sebuah akhbar yang terkenal kerana editornya membiarkan pengkaryanya membuat karikatur mempersendakan tragedi tsunami di Jepun baru-baru ni ha..ala, takkan tak tau kot?;p Nak artikelnya? Oh, kena cari sendiri... Encik Google kan peramah?;p Bukannya apa, saya bukan nak membidas kenyataan yang dikeluarkan dalam artikel tersebut. Siapalah saya ni kan? Bukan pensyarah di universiti terkemuka di Malaysia yang pakar dalam bidangnya, bukan juga penulis hebat di dada akhbar. Ecewahhh~ (Eh, betul apa!) Saya tak marah, cuma terkilan. Sebab artikel tersebut ditulis tanpa kajian mendalam, yang ada hanya tohmahan yang berat sebelah. Mehla, saya kongsi, walaupun mungkin takde yang akan baca..tapi manalah tau esok lusa ada yang perlukan bahan bacaan before menulis kan? Hehehe 1/ Kenapa kami GILA Kpop? A) Pakej! - Ye, macam yang dikatakan dalam artikel tu, artis korea serba boleh. Rupa ada, bakat ada. Kami manusia, kami suka benda yang indah. Salah ke kalau kami gemarkan keindahan? Maybe taste sesetengah orang, suka jejaka yang berpakaian ala2 grunge..tapi kami prefer jejaka yang kemas dan bergaya. Jawapannya? Lihat sendiri lah artis Korea:) Bab bakat, well, maybe ada yang tak suka genre yang mereka bawak and sewenang-wenangnya kata mereka tak berbakat. Takpela, kami pun ada yang tak berkenan dengan lagu yang terjerit-jerit mahupun tangkap leleh tu. Citarasa kita kan berbeza? Kalau kami boleh fahami dan bertoleransi dengan citarasa anda, kenapa anda tak boleh nak bertoleransi dengan citarasa kami? Tahukah anda, artis Kpop bukan boleh jadi artis sesenang di Malaysia. Mereka perlu menjalani latihan bertahun-tahun before debut! Ye, before membuat appearence di khalayak:) B)Komunikasi mereka dengan peminat - Oh, tentu kalian meluat, kan? Yelah, bila ada artis kpop datang ke Malaysia, airport penuh dengan fangirls! Ke sana ke mari mereka dikejar. Kenapa? Kerana mereka tak mengeluh, tunjuk muka masam atau tinggikan hidung walaupun hidung mereka mmg mancung belaka. Bukanla niat nak memburukkan, tapi saya kenal rapat dengan seorang artis Malaysia, satu ketika dulu. Seboleh-bolehnya malas nak layan peminat, katanya penat!=_=; Dah tu, artis Kpop tu ke hulu ke hilir, tak penat ke? Boleh je senyum pada peminat? Hadiah, surat peminat, mereka kutip, mereka tanpa malu dan segan tunjuk pada khalayak bahawa mereka hargai benda tu semua. How? Gunakan. Or tweet/blog about it. Artis kita? Ada kot, tapi jarang sangat. Sangat. (Sebenarnya tak pernah nampak pun walaupun follow berpuluh artis Malaysia di twitter.) Saya bukan peminat TVXQ (peminat mereka digelar Cassie), tapi saya kagum, apabila ketua kumpulan ni keracunan sebab diberi minum gam oleh seorang anti-fan, dia sanggup maafkan...sebab umur anti-fan tu seusia adiknya. Artis kita? Kena bash sikit dah nak sue, or paling tidak, menjawab dengan penuh sarcastic di twitter. C) Friendship antara mereka -Zaman sekarang, tak ramai yang bertuah untuk dapat kawan yang betul-betul kawan. Sebab tu kami kagum dan jatuh hati pada friendship/brotherhood/sisterhood yang mereka tunjukkan. Banyak bukti...kalau nak. Siapa ingat kejadian Kim Hyung Jun menangis teresak-esak bila dikhabarkan bahawa Park Yong Ha sudah tiada? Atau ketika dia menangis bila di'prank" oleh managernya, kononnya 'hyung' sekumpulan dengannya sakit tenat. Atau ketika Yoochun sakit, siapa yang menjaganya? Ala, penat nak type lah! Bukan nak kata artis Malaysia tak bersahabat. Tapi keakraban tu tak ditunjukkan... Bukan salah kami kalau kami suka pada small things like friendship ye?:) Oh, secara tak langsung, kpop menyatukan kami fangirls. I met so many friends, including foreigners..dalam kpop, takde istilah perbezaan umur, background, negara, agama, kampung ke, bandar ke, flat ke...dan somehow kami pun terjangkit dengan gaya friendship yang ditunjukkan oleh idol-idol korean ni. D) Info dalam hiburan - Kalau berani, cubalah cabar kreativiti orang Korea dalam menerbitkan variety shows:) Bukan je artisnya tak malu dan segan buat apa yang perlu dibuat; contohnya kejar ayam, tangkap ikan, makan cili, blablablabla..(kalau nak tengok, bagitaula, saya sudi burnkan cd nya)...program mereka sangatlah informatif. Tak percaya? Sila tonton rancangan Explore Human Body (EHB) Super Junior. Tau tak nama cili terpedas di dunia? Tau tak asalnya mana dan bagaimana nak stopkan rasa pedas? Tau tak macam mana nak buat supaya lompatan dalam acara lompat jauh tu lebih jauh? Hmmmm... 2/ Isu Kpop di mata penulis dan pakar... A/ Bunuh diri - Sebelum demam Kpop menular di Malaysia, dah ramai yang bunuh diri sebab hutang lah, buntinglah...saya agaknya lalai, tapi belum lagilah saya tengok kes peminat kpop bunuh diri, esp sebab ikot gaya artis kpop. Artis kpop je ke bunuh diri? Artis barat macam mana pula? Dengan dadah, seks bebas.. Perlu ke saya yang bukan sesiapa ni nak list down nama artis barat yang lebih buruk rekodnya? B) Pakaian yang terdedah - bab ni saya betul-betul marah! Tahukah anda, lazimnya, apabila artis kpop membuat konsert, para peminat akan membuat/membeli tshirt yang seragam sebagai tanda sokongan? Saya pernah ke konsert super junior. Rata-rata yang hadir memakai tshirt biru gedabak! Bukan sleeveless atau haltertop seperti yang dilihat pada malam konsert Jom Heboh ataupun Justin Beiber! C) Lupa agama, pergaulan bebas - tahukah anda kebanyakan peminat kpop adalah perempuan? Tang mana pergaulan bebasnya? Dan kami masih belum lupa untuk tunaikan solat sebelum konsert bermula. Tanya pada artis Malaysia yang terang-terang majoritinya Islam. Solat Maghribkah mereka sebelum Majlis anugerah bermula? D) Menghabiskan duit. - Ini sedikit benar, tapi masih terkawal. Kami masih waras, tau mana kehendak dan mana keperluan. Kalu anda para ilmuan tak boleh percayakan kami, layakkah anda menyelami dunia kami? Jika anda tak menyelami dunia kami, layakkah anda menghakimi kami? Fikirkanlah:) Assalamualaikum... - Posted using BlogPress from my iPhone Location:Dalam planet kpop, di sudut kiri bahagian belakang Malaysia |