|
Saya dan Hari Guru kedua.
Monday, May 16, 2011 | 5:55 PM | 0 comments
Hari Guru sekolah saya pada tahun ini disambut ringkas sahaja. Tiada persembahan atau apa-apa acara. Hanya majlis perhimpunan, bacaan Yaasin, dan majlis bersalam-salaman. Kemudian, jamuan di bilik guru, secara potluck.Yang menariknya, ketika sesi bersalam yang turut diiringi lagu Terima Kasih Cikgu berlangsung, beberapa orang pelajar perempuan Tahun 6 memeluk erat saya. Ya, saya sahaja, sehinggakan cikgu-cikgu lain mengusik, "Kami pun mahu dipeluk juga!" Tahun lepas, saya ajar mereka Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani. Saya tak rasa saya berjaya menyampaikan banyak ilmu sebenarnya kerana KT dan KH bukanlah subjek yang saya pernah pelajari di institut dahulu. Hmmm.. Terharunya saya... Hadiah? Hadiah tetap ada, tapi takkan ada hadiah lebih menarik dari pelukan erat yang saya dapat! Seharian saya tersenyum-senyum bagaikan Laila yang teringatkan Majnunnya. Jamuan kami mewah! Masing-masing membawa makanan dari rumah. First time la saya merasa kerabu umbut nipah! Sedap! Pahit-pahit di hujung lidah.. Begitu juga dengan telur tembakul! Wah~ ini rupanya yang buatkan emak si Pekan lari ke pelukan si Batu Belah Batu bertangkup, ya? Enak~ Sayangnya, saya lupa membawa kamera, dan iphone pula tidak dicas..:( langsung tak ada gambar tahun ini! Tak mengapalah! Insya Allah, abadi dalam kenangan. Cewah!^_^ Buat guru-guru saya, Selamat Hari Guru. Terutamanya Cikgu Hanifah yang mendidik saya, si nakal... Cikgu Yaakub yang berjaya mengajar saya matematik hingga mendapat A dalam PMR, sedangkan sebelumnya saya sentiasa mendapat markah 'sa'! Cik Hamidah,yang biarpun banyak bahasanya saya tak boleh terima, tapi saya akui kesabarannya sebagai pendidik..terima kasih, Cik Midah! Tanpa Cik Midah, mana mungkin saya menjadi saya! Buat Miss Kumari, Puan Maimunah Samat, Dr Marshudi..dan ramai lagi~ saya doakan agar kalian sentiasa mendapat keberkatan! Ilmu yang saya ajar pada hari ini, adalah berkat didik dan sabar anda semua. Insya Allah, saya akan teruskan usaha yang anda amanahkan pada saya! Ps: sakit betul mata saya menyaksikan perbuatan mereka yang suka bermuka-muka! Maaf, off topic! - Posted using BlogPress from my iPhone |