|
Saya dan novel
Saturday, May 7, 2011 | 11:17 AM | 0 comments
Sejak kecil lagi, saya dan adik-adik dah disajikan dengan pelbagai buku cerita. Ya, kami taklah ilmiah mana; seperti lazimnya watak dalam novel yang sejak kecil, bacaannya sastera klasik dan sebagainya. Tapi, kami membaca. Dewasa ini, saya rindu nak membeli novel dalam bahasa Malaysia. Dulu, pantang poket berisi, saya akan sambar novel-novel yang ada. Lepas beberapa ketika, saya jemu. Betul-betul jemu. Manakan tidak, wajah watak dibayangkan tiada cacat celanya. Menjadi kemestian watak utama adalah rebutan kaum lawan jenis yang ada rasa. Mesti ada watak yang kayanya 7keturunan pun duit tak habis diguna! Jika tidak pun, nasibnya malang benar, tapi peminat tetap dikeliling pinggang. Ya, sedikit cemburu di situ, of course;p Suatu hari saya terserempak dengan blog Hlovatulis. Cerita nya mudah, gaya penceritaannya santai. Yang paling menarik, wajah wataknya tidak ditekankan! Pembaharuan! Nama wataknya tak semeriah nama putera puteri... Saya terus membaca... Satu lagi yang saya suka, Hlovate berkongsi ilmu dalam cerita dan hikayatnya. Bila cerita tentang skaters, elok sahaja dia kongsikan ilmu skate, siap dengan ilustrasi! Bila bercerita tentang perkusi, siap dengan kedudukan orkestra dia terangkan. Cara memasak 'peach cobbler' pun Hlovate ceritakan! Sekurang-kurangnya, bukanlah ia novel picisan yang hanya membicarakan tentang cinta semata-mata. Ada ilmu terselit di sana dan di sini. Dapatlah beliau saham ilmu:) insya Allah. Satu lagi point yang tak pernah ditinggalkan Hlovate dalam novelnya, perincian agama. Dakwah halus. Samaada beliau memang berniat begitu, atau hanya ingin berkongsi. Yang pentingnya, apa yang beliau ingin sampaikan, berjaya. Wataknya pun mengajar yang sopan-sopan sahaja, walaupun adakalanya nakal juga^^ Saya jarang membaca novel bahasa Malaysia yang lainnya sejak saya berhenti..selain karya Hlovate. Baru-baru ini, saya belikan diri saya novel Damai. Saya benar-benar tertarik dengan cerita Damai karya Saidatul Saffaa. Dari beliau saya mengimbau sirah~ sejarah zaman kegemilangan kerajaan Islam. Kebijaksanaan Raja Muhammad al-Fatih. Hanya dengan 192 mukasurat, banyak yang saya dapat, disamping tersipu dan tersenyum sendiri membaca kisah cinta Naseema dan Sadiq. Subhanallah... Allah itu Maha Pemurah. DiberikanNya kalian bakat untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang kreatif, cara yang moden. Teruskanlah. Semoga lebih ramai yang mahu terus membaca, mendapat ilmu dan terus menyebarkannya. Amin. Ps: saya pernah bercita-cita hendak namakan anak saya nanti Minn Edinna. Tapi, entah bilalah Allah nak temukan jodoh saya ya?:( maybe 'di sana'...wallahualam. - Posted using BlogPress from my iPhone |