|
Saya dan tudung (Part 2)
Saturday, May 7, 2011 | 9:13 AM | 0 comments
Ah~~ tudung sekarang cantik-cantik saja! Dulu di hometown saya payah benar nak cari tudung lawa. Jadi setahun beberapa kali saya akan membebel sebab susah nak cari tudung buat hadiah mami. Yelah, ketika itu, tudung saya sendiri hanya tudung sekolah, sehelai tudung hitam, selendang panjang sulam tangan tinggalan arwah nenek dan sehelai selendang putih. Yang lain, jika perlu, tibai saja tudung mami.Sekarang, sebut sahaja fesyen, warna dan materialnya! Mudah benar~ alhamdulillah, Allah dengar doa saya yang pemalas ini. Yelah, saya ni cerewet orangnya. Bukan mahu lawa atau yang mahal, yang murah pun kalau saya suka, balik-balik, itu sahaja lah yang saya pakai! Tapi susahnya nak cari yang berkenan di hati... Allah tahu, kalau susah cari tudung, mesti semangat saya nak menutup aurat akan berkurangan... (*`へ´*) Eh, tak mustahil! Saya kan orangnya lemah dan baru nak bertatih... Gembiranya saya bila Allah permudahkan jalan saya. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah. Saya happy juga sebab saya ada kawan-kawan yang sudi jawab soalan saya yang kadang-kadang rasanya sungguh menyesakkan kepala. Contoynya Aifa yang saya ajukan soalan tentang pengertian tutup dada. Saya keliru sebenarnya apabila terbaca debat tentang isu tudung seorang artis di laman twitter. Saya kan masih kurang ilmu orangnya...jadi apabila seorang fashionista bertudung yang tumpang mempertahankan isu tudung ala turban tersebut dengan ayat yang lebih kurang sebegini, "Ala, kalau nak kira tutup dada, kita pakai baju tu pun sebenarnya dah tutup dada. Tambah blazer or cardigan lagi!"...saya jadi keliru. Betul juga ya? Jadi, dengan muka tebal (muka ke mekap yang tebal,saya pun kurang pasti)... Saya tanya Aifa. Tapi ketika menaip soalan, saya terfikir pula, "Kalau begitu...boleh sajalah pakai body-suit ala-ala baju renang asalkan menutup segalanya, kan?" !(◎_◎;) ㅋㅋㅋㅋ Keliru! Nasib saya baik, Allah hadirkan kawan-kawan yang senang dijadikan tempat rujuk tempat berbincang. Ya, internet, buku, para ilmuan ada. Tapi jawapannya pastilah tak secepat jawapan seorang teman. Bagaimana pula nak berbahas dengan buku? Tapi itu bukan bermakna saya boleh mengelat,kan? Perlu sahaja belajar dengan buku dan para ilmuan:) insya Allah...saya cuba walaupun merangkak-rangkak... Allah takkan hampakan hamba yang mahu ke jalan yang diredhai-Nya.. Saya pasti. Ps: Tahukah anda, sebaik-baik sedekah adalah belanja untuk keluarga? Gaji anda bulan ini, sudah anda bahagikan sedikit untuk keluarga anda?^_^ jangan lupa ya~~ no no no no~~ - Posted using BlogPress from my iPhone Location:Di balik tudung keringkam berbenang emas |