|
Saya dan ujian kecil dari Allah
Tuesday, May 10, 2011 | 6:46 PM | 0 comments
Sudah Dua hari di rumah ini; kononnya menjaga..tapi lebih kepada dimanjakan^^Ah, tapi itu bukan ceritanya. Kisahnya tentang sepasang kain hitam bersulam yang saya beli dan hantar untuk dijahit lebih kurang dua minggu lepas, bersama sepasang lagi kain hijau/ungu. Saya tersenyum lebar bila rakan sekerja (sepupu kepada si tukang jahit) menyampaikan khabar tentang baju tersebut sudah siap. Bila plastik berisi baju ada di meja, saya biarkan saja. Saya jenis yang percaya pada kejujuran orang...tidak perlu semak hasil kerjanya,fikir saya. Tapi saya silap. Seorang rakan sekerja yang lain, Kak R mendesak untuk melihat baju tersebut. Saya benarkan sahaja. Apalah salahnya~~~ Terkejutnya saya apabila baju hijau/ungu kecil lebih kurang 5inches dari contoh baju,(oh kalau depan belakang jawabnya dkt nak sepuluh inci lah larinya!) dan baju sulam tadi, bahagian sulamnya disisilah, di kaki lah..bersepah dan senget2! Kecewanya saya... Kalau kawan-kawan baik saya ada, tentu saja saya sudah menangis teresak-esak. Tapi, tanpa mereka yang suka manjakan saya, saya malu pula... ![]() Sulam di kaki baju yang senget. ![]() Sulaman kaki baju dan tangan sudah selamat di bahagian kiri baju. ![]() Sebelah kanan kosong sahaja. ![]() Bahagian ketiak berbunga pula.. ![]() Begini rupa depannya~ T_T (ya, saya bawak toto busuk ke rumah nenek sebab saya kurang selesa di katil orang.) Memanglah kain tersebut murah sahaja, hanya RM30, upahnya RM27, kira harga biasa di kampung... Tapi... Ah~~~ sedihnya saya! Ya, saya bersuara. Saya tidak marah, (maaflah jika rakan tadi fikir saya marah ya)...cuma saya rasa saya patut jujur, biarlah saya berterus-terang tentang ketidakpuasan hati dari mengata di belakang, menukar nama untuk dijaja dan membesar-besarkan cerita! Dalam pada itu saya berfikir...maybe duit tersebut memang bukan milik saya. Bukan rezeki saya...maybe kifarah kecil atas apa yang saya pernah lakukan... Saya pernah terdengar/membaca (saya tak ingat di mana!), kalau duit kita hilang, muhasabah diri, MUNGKIN duit tersebut bukan milik kita. Kalau ia milik kita, Insya Allah, Allah akan gantikan dengan cara lain jika kita bersabar. Alhamdulillah. Allah uji saya sekejap sahaja. Rakan tadi kembalikan duit upah jahit baju hitam tersebut. Dan tadi petang, dia hubungi saya. Esok si tukang jahit akan ganti baju itu tapi saya perlu serahkan baju itu padanya. Baiklah. Saya terima dengan hati terbuka. Baju hijau/ungu? Rezeki Nurul sahajalah! ^^ - Posted using BlogPress from my iPhone |