|
Ilmu pengasih
Friday, June 3, 2011 | 3:21 PM | 0 comments
Tadi jumpa lagi satu ilmu!Ilmu pengasih, peeeewwwiiiittt! Boleh diamalkan lepas solat ni. Kot kot dipermudahkan jodoh;p Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda: عن ابن مسعود رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الرقي والتمائم والتولة شرك (رواه أبو داود وأحمد) Maksudnya: “ Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” Dan yang dibenarkan pulak dalam Islam ialah jampi-jampian sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW: عَنْ عَوْفِ ابْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ Ertinya : Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie, beliau berkata: “Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera, lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w: Wahai Rasulullah, Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini? Maka Baginda s.a.w pun bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik, maka tidaklah mengapa.” Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ). Ayat-ayat pengasih dari surah Al-Quran yang boleh diamalkan. 1. Surah Yusof ayat 4. “(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". 2. Surah Al-Hujurat ayat 13. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 3. Surah Ali Imran ayat 14. “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” 4. Surah Ali Imran ayat 31. “Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Jom! - Posted using BlogPress from my iPhone |