|
Saya dan Jemari Seni
Wednesday, June 15, 2011 | 3:29 PM | 0 comments
Saya pernah kata, dulu saya sangat minat baca novel. Tapi lepas satu ketika, saya berhenti, sepenuhnya. Cuma yang saya baca, coretan dari Hlovate. Dan apabila Hliate dilamar Jemari Seni, saya mulai berjinak-jinak membaca hasil karya penulis-penulis lain yang turut sama bernaung di bawah payung JS. ![]() Nah, bukti saya penyokong setia Jemari Seni! Ini bukan semuanya tau, ada lagi yang Adik Ima saya bawak sebagai bekal bacaan ringan di sekolah. (eh, ni bukan niat nak riak ye? Sebagai bukti saja!) Oh, itu bukan cerita saya hari ni... Hari ni cuma nak cerita pengalaman saya membeli secara online dari Jemari Seni. Saya membuat pesanan untuk lima buah novel, dua daripadanya novel Hlovate. Saya sudah ada novel-novel itu sebenarnya, tapi sudah hilang, dipinjam tanpa dikembalikan. Semoga ilmu-ilmu yang terselit di celah bait cerita nukilan Hlovate dalam dua buku tu dapat disebarkan pada pembaca yang lupa nak pulangkan pada saya tu. Saya anggap saya sedekah sahajalah buku-buku tu~ ^_^ Oh! Melalut! Sorrryyy! Saya buat pesanan pada 6/6/11 dan pada 7/6/11 saya dimaklumkan pesanan saya sudahpun dihantar! Yaaay!!! Tapi kan~~ saya ni kan~~~ ish~~ loqlaq la, nak habaq lagu mana tak tau! Boleh pulak saya kirimkan RM99 sedangkan nilai yang perlu saya bayar termasuk pos berdaftar cumalah RM94.20. Aduhhhh~*tepuk dahi* Dan kelmarin, 14/6/11, saya terima dua bungkusan! Cepatnya!!! Terima kasih Pos Malaysia! ![]() ![]() Kelima-lima novel yang saya pesan selamat sampai, bersama duit baki dan resit! Gembira betul saya! Lebarnya senyum saya sampaikan ditanya oleh Kak Raja, "dapat parcel dari boyfriend ke?" hehehe~ ![]() ![]() (eh! Eh! Mcm ne nak terbalikkan ni?) Novel-novel yang dihantar dibalut kemas dengan plastik, dua kali balutan, dan dilekat dengan pelekat. Kemudian dibalut dengan 'brown paper' sebelum dihantar. Selamatlah buku-buku kesayangan saya dari risiko koyak atau basah. Terima kasih, Jemari Seni! Mudah benar urusan saya membeli, tak perlu melawa, dan kemudian berjuang mencari tempat letak kereta~ phewww~~ Murah pun murah! Diskaun 20% tau dari harganya di semenanjung? Ha~~ berbelanja biar bijak tau? Cewah!! Cuma satu je cadangan saya untuk Jemari Seni, kalau boleh, buat pilihan, samaada mahu novel dihantar dengan balutan begini, atau diletakkan dalam kotak. Boleh saja letakkan harga, biar pembeli yang tanggung kos kotaknya,kalau mereka memilih untuk dihantar novel tersebut dalam kotak. Sebabnya, saya sayang sangat buku-buku saya. Tengok, kemik buku saya ni:( sebabnya dia di atas, mungkin dihimpit benda-benda lain dalam perjalanan ke sini:( ![]() Harap dipertimbangkanlah ye? - Posted using BlogPress from my iPhone |