|
Hada Labo facial foam&lotion (Whitening)
Thursday, October 6, 2011 | 2:30 AM | 0 comments
![]() Jjan~~~ Cik Pemalas aka Cik Kentang pun TERbeli losyen Hada Labo juga! Ceritanya begini... Cik Pemalas ni ala-ala Cik Senah sket, kiasu sangat; semua produk dia nak beli dan cuba. Tapi pakainya sekejap je. Lepas tu Cik Pemalas ni akan abaikan produk-produk tusebab malas nak tonyoh kat muka. *geleng-geleng kepala* So, merancangla Cik Pemalas ni untuk membeli Miracle Water SKII tu sebab semua bagi review tip top. Tapi, tiba-tiba mata Cik Pemalas berpinar-pinar bila kawan Cik Pemalas, Kittie ceritakan padanya tentang produk Hada Labo! *blink blink* Berhari-hari jugalah Cik Pemalas godek internet untuk membaca review yang ada. Yelahkan, produknya agak mahal walaupun taklah semahal SKII. Masih affordable tapi Cik Pemalas ni kedekut orangnya. Hehe~ ok, sudahla merapu tu! Sambung cerita! Semua reviews yang Cik Pemalas baca, positif belaka. Kecuali satu dua, yang berpunca dari kulit sensetif. Kulit Cik Pemalas tak sensetif tapi sangat berminyak. Hinggakan kalau dikumpul minyak muka Cik Pemalas tu, bolehlah dia jadi supplier minyak serbaguna Esso. Eh! Ada pulak! So, minggu lepas Cik Pemalas pun belilah pencuci dan lotion Hada Labo versi pemutih ni sebab Cik Pemalas berangan-angan nak putih gebu. So here's the review after a week of use. No photo as this is an impromtu post. Pencuci muka Hada Labo memang buat muka bersih dan fresh. Tapi if pakai mekap, pastikan cuci dulu dengan penanggal mekap ye? Pencuci Hada Labo juga tak buat muka Cik Pemalas kering dan rasa tegang. Losyennya memang tiptop! Serta-merta akan rasa kulit toink toink~^_^ sebab losyen ni senang nak tepek ke muka, Cik Pemalas dengan gembiranya boleh menggunakannya beberapa kali sehari! Pagi, balik kerja (tengah hari), petang selepas mandi, selepas isya' dan kalau dia tidur lewat, letak lagi sekali. Sebabnya, rasa suka pegang kulit muka yang toink toink! Hahaha~ as for the whitening effect, buat masa ni takdelah pulak putih gebu Cik Pemalas ni. Masih hitam hitam si tampuk manggis~ ehehe ok tipu je!>.< tapi Cik Pemalas sangat nampak kesan brightening! Kulit muka dah tak kusam sangat, macam ada sinar keimanan sikit kat situ hehehehe~ Overall, Cik Pemalas sangat berpuas hati la dengan produk ni. Harga affordable, kesannya nampak serta-merta! Lagipun jimat sebab sekali penggunaan hanya beberapa titik sahaja:) Elok sangat kalau pakai before pakai mekap, sebab as alas mekap, dia memudahkan sapuan rata. Elok je finishingnya! Cuma Cik Pemalas harap ada oil control function la kan... Sebab kalau pakai, muka tetap berminyak, takde perubahan:( Harap-harap makin lama digunakan, makin elokla struktur kulit muka Cik Pemalas ni!;p Apa produk kecantikan favourite kamu? - Posted using BlogPress from my iPhone |