|
Dilema Seorang Pendidik (Part 1)
Thursday, January 26, 2012 | 11:18 AM | 0 comments
Saya ada seorang murid. Kita namakan sahaja kesayangan saya yang seorang ini,...Ammar. ||random|| Baru berusia lapan tahun, tubuh badan Ammar sudah tegap dan tingginya seperti kanak-kanak berusia 10tahun. Ammar budak yang sangat bijak. Ammar mudah faham apa yang saya cuba sampaikan. Akan tetapi, menjaga Ammar bukanlah mudah. Ammar dari keluarga bermasalah. Makan pakainya tak terjaga. Apatah lagi buku sekolahnya! Dek kerana alat tulisnya tiada(adakalanya hilang, dan kadang-kadang memang tak disediakan), dia sukar untuk belajar. Pilihannya? Dia rampas alat tulis rakan-rakannya! Oh, jangan marah Ammar! Dia sudah biasa dikasari dan mengasari...baginya merampas itu suatu yang lazim.:( Ammar tiada buku teks. Tahun lepas, baru sahaja seminggu dipinjamkan buku teks dari skim pinjaman buku teks, sudah hancur berkecai buku-bukunya hingga tiada rupa. Tahun ini, buku teks belum diserahkan padanya. Polisi sekolah dan jabatan, kerosakan atas buku tahun sebelumnya harus dibayar dahulu sebelum buku baru diserahkan. Ammar belum membuat pembayaran, waima duit bantuan RM100 sudah diserahkan pada keluarganya. Ammar kata,...duit seratusnya,kata ibunya, sudah habis buat beli beg sekolah!+_+; Apa yang saya boleh dan perlu lakukan? Bayarkan? Walaupun saya tahu keluarganya mampu?:( Atau abaikan sahaja kebajikan Ammar? Saya sayang Ammar, seperti saya sayangkan kesayangan saya yang lain. Saya tak mahu dia ketinggalan, tapi tanpa perhatian ibubapanya, Ammar makin hanyut! Saya bimbang Ammar akan ikut jejak langkah abang-abangnya yang terkenal dengan peras ugut dan kes-kes lain...:( Ya Allah, tolong beri saya idea untuk tolong khalifah kecil ini ya Allah.. Moga esok lebih baik untuk Ammar dan kita semua. - Posted using BlogPress from my iPhone |