|
k a s u t
Sunday, January 8, 2012 | 3:27 PM | 0 comments
Perempuan dan kasut, payah benar nak dipisahkan. (READ: perempuan=saya la tu). Macam nak pisahkan garam dan gula halus dalam paket yang sama. Bila ada kesempatan, dan kelebihan untuk berbelanja, mesti nak tambah semakkan rak kasut. Rambang mata sungguh tengok kasut! Sampai adalah sangat normal kalau boot kereta tu penuh dengan kasut pelbagai warna. T___T photo credit as tagged Tapi kan, sejauh mana pembelian kita tu berbaloi? U guys beli sebab cantik ke sebab selesa? I know some ladies yang beli high heels sebab of course, tertarik dengan the design and such. But do you aware of the risk? Here are some of the risks... Pemakaian high heels menyebabkan posture badan kita berubah dan ini membuatkan joints kita tertekan.. tensyen beliau! Ketinggian heels ni jugak menambah fokus berat pada forefoot kita. imagine la..satu inci heels, pertambahan sebanyak 22% berat/tekanan..dan seterusnya..mana tak sakit kaki tu? Sebab tu la terjadinya benda-benda macam gambar kat bawah ni! cantik ke? tengokla sendiri! ni namanya bunion!tulang tersenget dari bentuk asal sebab pemakaian heels lama dan kerap sangat! Ni namanya Hammertoes...tekanan pada tulang jejari mulus anda tu menyebabkan dia jadi mcm cacat...tak cantik ok? Ha...kemudian...pemakaian high heels secara melampau ni juga menyebabkan risiko sakit lutut. Muda-muda dah sakit lutut macam opah-opah, tak rock la babe! :P Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab...bila kita pakai high heels, quadriceps kat peha depan tu kena bekerja lebih keras untuk tampung berat kita. So, tekanan pada lutut meningkat 26%... banyak tu! Kalau gaji naik 26% mesti masing-masing dah sujud syukur. Kan? Bila selalu pakai high heels ni kan, otot betis and otot Achilles (ala..nak panggil apa ye dalam BM? atas sket dari tumit tu la...hehehe) lama-lama akan memendek dan menyebabkan kita tak selesa bila tak pakai high heels. Kalau lama-lama...tak boleh repair dah, terpaksala dibedah. Eh, serius ni tau! Takkan nak pakai high heels even dalam rumah kan? Nak berkaki ayam, tak selesa pulak! Ha...takut..takut.. Semua tekanan dari pemakaian high heels ni juga boleh menyebabkan neck discs kita rosak. Like, of course la, when ur posture dah tak betul, the bones will penyek the discs and it will no longer be able to absorb the penyekan...u'll feel the pain. Bila rosak, it won't be able to absorb pulak nutrients so, ur bones akan berlaga-laga. Eeeee...i type je pun dah ngilu. Apa neck discs tu? Ha, ni ha, kat pix bawah ni, yang antara tulang leher tu..the rawan there kot? Tak tau nak describe, kena belajar medical terms dengan Wynn la ni. photo credit to proudduck.com Memangla untuk seketika rasa lawa, bontot pun ala2 tonggek elok je if pakai high heels, yang pakai short skirt tu, betis nampak "wow!' sekali kan? Tapi long run result...huhuhu scary la weh! Dengar la cakap saya yang sentiasa pakai high heels dulu ni. :( Sekarang dah tak boleh pakai sangat...pakai sejam dua je dah sakit kaki dan pinggang. Tua betul bunyinya, kan? :( Takpela, dah ditakdirkan So, IF la kan, nak jugak bergaya, nak jugak pakai high heels, (yelah, kadang-kadang terpaksa, for some events ke apa ke), invest in a good pair of it. Jangan sukati je pergi Sg Wang beli heels lawa gile harga RM50 tu. Baikla beli jenama Bata (hehehe) kalau itu yang paling selesa buat anda. Eh, bukan promosi Bata lah! Contoh je tu~~:) This is where the quote " Quality is more important than quantity" can be used, kot kan? Biar tak banyak kasut, tapi ada bebarapa yang sangat selesa. Yelah, badan nak guna sampai mati, bai! Yang sakit bukan yang memandang, yang merasa. Yang merasa tu kamu, bukan mereka. Tapi bukan alasan untuk kamu pakai kasut ni ke pejabat esok ye!:P Fikir-fikirkanlah, ye? Love, Vee Labels: fashion, health, high heels, rambling, shoes, stiletto |