|
Paksa Rela Dalam Ibadat
Wednesday, January 11, 2012 | 5:24 PM | 0 comments
Tetiba terfikir..situasi seperti gambar kat bawah ni selalu, if not sentiasa berlaku in our daily life (saya lah tu!)...MALAS PERGI KERJA. Sebab yang pelbagai la kan...kurang motivasi, penat, bosan, blablablabla...tapi, kita pergi jugak kan? Kenapa? Sebab takut boss, sebab takut kena pecat, sebab perlukan gaji yang datangnya pada penghujung bulan...yela kan, nak bayar bil, nak pergi makan sedap, nak pakai baju lawa...minyak kereta lagi... TAPI... KENAPA bila bab agama kita banyak sangat alasan? Malas solat, so terus tak solat. Malas tutup aurat, terus tak tutup. Tak sedia? Kerja dan kuliah pun lazimnya kita tak bersedia...tapi terpaksa kan? Kenapa tak kita paksa diri kita untuk solat? Untuk tutup aurat? Untuk jaga pergaulan? YES, maybe tidak ikhlas di situ, yela kan...TERPAKSA...but at least kita buat. And Insya Allah, ikhlas itu akan datang kemudian... Imagine, kalau kita kerja, ikhlas ke tak ikhlas muka macam kena sembelit hari-hari ke...gaji tetap jalan kan? Bila kerajaan or company umum bonus, tetap dapat, kan? Orang yang tak kerja, dapat tak agak-agaknya gaji ni? (anak org kaya dapat duit dari mak abah tu tak masuk cerita la...tu elaun bulanan. hehehe)...so, tunaikanlah. Maybe mula-mula kita tak merasa ikhlas tu, lama-lama mesti jumpa manisnya. insya Allah... You see, punyalaaaaa (panjang ok the 'la'! ala2 menunjukkan penekanan la kat situ.) kita cuak kalau punch card merah. "Matilahhhh! Jem punya pasal lah ni!!!" Tapi lambat solat, takpe pulak. T____T tapi, ada Allah gantung 'kerja' kita as khalifah? As hidupan kat muka bumi ni? Takde kan? masya Allah... Menyampah-menyampah kita dengan baju uniform, hari-hari yang sepatutnya, kita pakai jugak kan? Ni semua untuk peringatan saya sendiri...yang selalu malas-malas, yang selalu lengah-lengah..yang selalu banyak alasan terhadap diri sendiri bila sampai bab ibadat and perbaiki diri. WAKE UP! Kita bukan makin lama makin jauh dari mati. wallahualam... FAKE IT TILL U MAKE IT. Labels: food for the brain and the heart, rambling |